Semakan rasmi Status PKS
PKS ialah Perusahaan Kecil dan Sederhana @ SME. Terdapat banyak bantuan disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu PKS kerana PKS banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia bersamaan 48.4% dan juga berfungsi sebagai peyumbang utama kepada ekonomi negara. Setiap syarikat perlu memenuhi kriteria PKS yang telah ditetapkan oleh SMECorp Malaysia bagi mengesahkan syarikat tersebut adalah PKS. SMECorp Malaysia juga menyediakan Sijil Status PKS khusus kepada syarikat yang layak. Sijil ini adalah dokumen wajib jika syarikat berminat memohon bantuan-bantuan khusus untuk PKS. Anda boleh memohon Sijil Status PKS (ada bayaran) di Link di bawah dan ia biasanya memakan masa 3-5 hari bekerja untuk mendapatkan keputusan rasmi dan sijil.